Cara Menjual Diri Dalam Resume – Tips Berkesan Untuk Calon Kerja

Ramai calon kerja gagal menyerlah dalam resume kerana tidak tahu cara “menjual diri” dengan betul. Bukan bermaksud berlebihan atau menipu, tetapi menunjukkan nilai sebenar diri anda kepada majikan. Di bawah ini adalah panduan praktikal untuk bantu anda menonjol dalam resume:
1. Gunakan Ringkasan Diri Yang Menarik
Letakkan summary di bahagian atas resume. Ia mesti padat dan tunjukkan siapa anda, kemahiran utama, dan matlamat kerjaya.
Contoh: Seorang Pembantu Dapur berpengalaman 2 tahun dalam operasi restoran yang sibuk. Mahir dalam penyediaan makanan, kawalan kebersihan, dan kerja berpasukan. Berminat menyumbang kepada pasukan yang mementingkan kualiti.
2. Fokus Pada Pencapaian, Bukan Sekadar Tugas
Jangan sekadar senaraikan kerja harian. Tunjukkan hasil kerja atau impak anda.
- Kurang bagus: “Membantu memasak di dapur”
- Lebih bagus: “Membantu menyediakan lebih 100 hidangan sehari dengan kualiti yang konsisten dan bersih”
3. Sesuaikan Resume Mengikut Jawatan
Baca iklan kerja dan sesuaikan isi resume dengan keyword yang majikan guna. Ini menunjukkan anda faham keperluan mereka.
4. Tonjolkan Sikap & Soft Skills
Majikan juga lihat pada sikap dan etika kerja. Nyatakan anda seorang yang menepati masa, boleh bekerja di bawah tekanan, dan mudah bekerjasama.
5. Guna Reka Bentuk Resume Yang Profesional
Reka bentuk resume yang kemas dan tersusun akan beri kesan pertama yang baik. Gunakan font mudah baca dan susunan yang logik.
Kesimpulan
Menjual diri dalam resume bukanlah sesuatu yang sukar, asalkan anda tahu cara menyusun ayat dan menonjolkan nilai sebenar anda. Jadikan resume anda sebagai senjata utama untuk mencipta peluang kerja baru!
Perlu bantuan buat resume yang power dan siap dalam 24 jam? Hubungi kami di +6018-390 5996. PERCUMA cover letter!