Ramai yang ambil mudah tentang gambar berukuran passport, kalau boleh gambar untuk letak dalam resume biarlah yang formal contoh macam gambar dibawah

Gambar dalam resume dapat membantu bakal majikan dan penemuduga untuk  membezakan dan mengingat calon dengan lebih baik. Terutama jika ada banyak calon yang mungkin memiliki nama yang sama atau maklumat yang serupa, gambar yang formal dapat memberi kesan yang lebih jelas dan mudah diingati.

Biasanya, ketika menyertakan gambar dalam resume, ukuran gambar passport yang biasa digunakan adalah 2×2 inci atau sekitar 5×5 cm. Ukuran ini sering digunakan dalam memohon passport dan juga untuk gambar dalam kad pengenalan, ianya juga sering diterima sebagai ukuran gambar yang standart dalam resume.

Selain itu, pastikan gambar passport yang anda gunakan dalam resume memiliki kualiti baik seperti pencahayaan yang tepat, latar belakang yang berwarna putih atau biru mengikut permintaan tempat kerja. Pakaian yang dipakai pula mestilah nampak kemas dan profesional. Elakkan penggunaan gambar yang terlalu kecil, suran, atau terpotong dengan tidak tepat.

Nampak mudah bukan tapi sebenarnya ada perkara-perkara yang perlu kita perhalusi sebelum sebarang penggunan gambar untuk diletakkan didalam resume. Majikan pasti tertarik dengan resume yang mempunyai gambar calon yang jelas dan nampak profesional.