Pernah buat resume dan letak alamat penuh pada resume?

Tahu atau tidak, meletakkan alamat penuh pada resume adalah perkara yang boleh mendatangkan bahaya dan risiko tertentu pada diri anda? Bayangkan resume ada dilihat oleh banyak pihak atau individu, dan kita tidak mengenali mereka atau kita tidak tahu sifat seperti apa mereka ini.



Berikut adalah beberapa sebab mengapa anda tidak sepatutnya meletakkan alamat penuh pada resume:

1. Privasi dan Keselamatan

    • Meletakkan alamat penuh boleh mendatangkan risiko privasi. Maklumat peribadi yang terlalu terbuka boleh dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

    • Dengan tidak meletakkan alamat penuh, anda boleh melindungi diri daripada potensi kecurian identiti atau penggunaan maklumat peribadi secara tidak sah.

2. Pertimbangan Bakal Majikan

    • Sesetengah syarikat mungkin membuat penilaian atau diskriminasi berdasarkan lokasi geografi. Mereka mungkin mempunyai keutamaan tertentu berkaitan dengan jarak atau lokasi tertentu.

    • Dengan tidak meletakkan alamat penuh, anda dapat memastikan bahawa keputusan syarikat didasarkan pada kelayakan dan pengalaman, bukan pada lokasi anda.

3. Fokus Maklumat Lain

    • Fokus pada elemen-elemen penting seperti pendidikan, pengalaman kerja, dan kemahiran peribadi tanpa alamat penuh dapat membuat resume anda lebih kemas dan terfokus.

    • Resume yang anda sediakan juga dapat memudahkan para penemuduga untuk menemukan informasi yang lebih relevan dengan cepat.

Jadi nak letak macam mana alamat dalam resume?
Untuk memastikan hal-hal yang diluar jangka dan memastikan keselamatan diri, anda seharusnya meletakkan alamat daerah atau kawasan setempat sahaja seperti contoh dibawah:

Alamat : Sungai Buloh, Selangor